SYUKUR

Aku syukur pada Mu Tuhan
Di atas segala nikmat yang Engkau beri
Aku syukur pada Mu lagi
Di atas kesyukuran itu kerana syukur itu satu nikmat
Yang bersifat rohani dan maknawi
Ia adalah pemberian , syukur di atas kesyukuran
Begitulah aku bertaubat di atas dosa-dosaku
Seterusnya aku bertaubat di atas taubat-taubat ku yang palsu
Artinya taubatku memerlukan taubat lagi
Taubat di atas taubat
Begitulah yang aku harapkan pada Mu
Ingatkan aku bahwa syukur itu adalah satu nikmat dan anugerahNya
Agar aku bersyukur di atas kesyukuran itu
Seterusnya ingatkan aku bahwa taubatku adalah palsu
Agar agar aku bertaubat di atas taubat itu
Moga-moga aku tidak menipu diriku

Mohon Maaf Lahir Dan Batin.
Semoga Amal Kebaikan di terima di bulan Ramadhan ini.

Werdy + Keluarga

0 comments:

Posting Komentar